Wednesday, November 10, 2010

bertemu kembali

jumpa lagi..
memang da lama sangat tak tulis apa-apa lam entry nie..
saya busy?? tak juga.. entahlah..

saya akan cuba untuk menulis lagi sekali..
tapi tak tahu entah bila masanya..
kawan-kawan lain aktif menulis didalam blog mereka..
teruskan..

mungkin satu hari nanti saya akan menjadi blogger yang aktif..
maybe...

Sunday, February 21, 2010

lelaki gedikk???

rumet aku tanya aku masa aku tengah nak tulis entry nie...

" apa maksud lelaki gedik???"

aku pon tak tahu nak jawab macam mana tapi kalau mengikut pemerhatian aku dan pengalaman aku terkawan dengan lelaki gedik, dia sama je dengan perempuan gedik... selalunya lelaki tak suka kat perempuan gedik begitu jugalah dengan lelaki gedik nie.. tanya la kat mana-mana perempuan rata-rata akan jawab tak suka dengan lelaki gedik nie...
kecualilah perempuan tu gedik so dia akan suka lah kat lelaki gedik nie...

lelaki gedik bolehlah didefinisikan sebagai seorang lelaki yang over dalam pergaulan, tak pernah serius dalam kehidupan, memandang remeh akan semua perkara sehingga benda-benda yang seharusnya diberi perhatian dipandang ringan dan dibuat sebagai satu lawak atau bahan gurauan...

masa cuti tahun baru cina yang lepas, aku ada involve dalam satu perkhemahan di yan kedah selama 7 hari anjuran universiti aku. ramai juga lah yang aku tak kenal dalam perkhemahan tersebut tapi ada seorang lelaki nie, disebabkan tindakan, sifat dan perangai dia yang sporting, sentiasa volunteer menyebabkan dia nie memang dikenali seantero kem tersebut. pada mulanya mmang ok la bagi kami sebab dia berani mengoffer diri dalam apa jua keadaan dan situasi. tapi yang jadi orang meluat tengok dia bila perangai dia mula menjadi-jadi, buat lawak bodoh yang ntah apa-apa ntah dan tak pernah serius. sampaikan time nak makan dia boleh baca doa makan main-main...! geram betul aku.. memang la dalam kehidupan nie kita tak boleh nak serius sangat tapi takkan dalam bab berdoa pon nak main2???

so, kami rasa takde lagi label yang sesuai nak diberikan kepada mamat nie melainkan LELAKI GEDIKSS TAHAP CIPAN TERCEKIK TULANG!!

geram betul aku!

Tuesday, February 9, 2010

akukah yang bersalah??

tiap kali aku tengok profile die... aku mesti akan bengang dan jeles bila ada kawan2 gurlz yang comment in his wall..
" ala.. kawan je kot.. itu pun nak jelez"
mesti ramai akan cakap macam tu kan.. tak pun macam nie..
"kalau nak jeles pon beragak-agak la.."
hmmmm.....
aku tau aku tak patut jelez....
tapi aku tak boleh la tak jelez langsung..
aku jelez pun takde la sampai baling-baling enset kat dinding, kat pasir, kat tengah jalan..
atau takde la sampai off tepon berhari2 lamanya..
normal la gurlz akan jelez...
tipu la kalau tak pernah jelez langsung kan..
hmmmm...
entah la..
biar lah....
aku akan cuba belajar memahami dia..
and hopefully dia juga akan belajar memahami aku..
aku rindu sayang kamu....

Tuesday, February 2, 2010

MISSING!!!







MISSING


my bike was stolen from my front lawn last week. it is a one?
SPEED BIKE WITH A SKULL FLAG
and A LIGHTENING BOLT on it.
the lightening bold and flag may have removed.
this bike was brand new from the store




NO REWARD



i don't even want this bike back
i just made these flyers to tell you that
I HATE YOU, BIKE THIEF!
i hope you ride my bike whitout a helmet
and get hit by a monater truck
i hope my bike tAkes you strAight

TO HELL!



Monday, February 1, 2010

~kerek seyh~

warrghhh! letihnya...! ngantuk2.. aku ingin segera menamatkan sesi pembelajaranku pada hari nie.. mujur kelasku setakat jam 12.30pm sahaja. boleh la aku balik awal dan melayari mimpi indah di siang hari...

tut..tut..tut..
..mie, kejap lagi tunggu kat wakaf FPK, jumpe lec compensation. nak bincang pasal assignment kita...

oh demn! baru ingat nak balik tadi...

...ok, aku tunggu...

lantas aku menuju ke tempat yang dimaksudkan dengan mataku yang seolah-olahnya tidak sanggup untuk dibuka ketika itu.. 'croih..croih..' perut pula berkeroncong.. lantas aku memanjangkan langkahku menuju ke stall yang berhampiran untuk membeli dua cucuk nudget berharga rm1 setiap sebatang. cukup la untuk mengalas perutku yang kecil molek itu.

berjalan menuju wakaf. membuka plastik dan memegang lidi cucuk lantas membuka mulut. di saat nudget ingin ku sua ke dalam mulutku...

...woi umie! jom!..

shit! potong jela dorang nie..
lantas aku bergegas menuju ke arah mereka sambil terus memasukkan nudget ke dalam mulutku dengan mengendong beg dan juga buku..

...jom2. dah tepon lec?..
... takyah tepon. kita pergi je. kalau tak ada kita balik la. jumpa lain kali. tak pun tyme kelas nanti...

mengong punye membe.. lantak la.. redah jela..

sampai di depan pintu bilik Puan Wan Zakiyah.. pintu tertutup rapat. sunyi.

... kan aku dah kata. lain kali tepon...
... hehehe.. jom la blah.. kau nak balik ke?..
... aah, aku dah habis kelas...
... kitorang ada kelas lagi lepas nie. kau balik r dulu eh...
... emmm.. yela.. bye...

berjalan ke bustop seorang diri. bus sedia menunggu. kelihatan beberapa pelajar berlari-lari mendapatkan bus tersebut dengan harapan tidak ditinggalkan ataupun sebab tak nak berdiri..nak dapatkan seat..

aku menaiki bus. penuh. tiada seat kosong. aku berdiri di sebelah lelaki yang sedang duduk di sebelah seorang pelajar perempuan ( bukan aku saja-saja nak berdiri kat situ tapi bus penuh dengan student berdiri dan tak boleh nak move.aku stuck r kat situ)

bus bergerak perlahan. mungkin tak larat untuk bergerak laju disebabkan terpaksa menanggung beban dan berat para pelajar bersama buku-bukunya.. tak pun mungkin sebab bus tu da berusia dan hanya mampu bergerak setakat kelajuan itu sahaja.. masing-masing melayani perasaan dan aktiviti sendiri di dalam bus tersebut.

...miss, pliz have a seat..
...ha??..
... this seat is for ladies...
... but, what about you?...
...its ok..i am a man...
...haha..ok..thanks friend.....

siyes! sepanjang aku menaiki bus dalam campus nie, takda makna la budak2 laki nie nak bagi seat kat gurlz. lagi berebut ada larh...
tapi mamat nie kira ok la.. chinese guy lagi.. huhu...
jarangkan jumpa dengan mamat-mamat yang baik hati macam nie zaman sekarang..
tak percaya try r tengok kat dalam kenderaan awam even bus o komuter o monorel..
takde nye dorang nak bagi kita seat.. kalau ada pon mungkin sebab korang cantik dorang nak tunjuk la caring dan gentleman.. tapi sebenarnya hampeh!
huhuhu...

moral of the story.. : LADIES FIRST IN A RIGHT SITUATION

Sunday, January 31, 2010

im alone today..

bangun pagi2 tengok rumet masih di dalam dengkurannya.. maklumlah kelas start jam 9.30 pagi.. aku yang ditakdirkan untuk attend claz seawal jam 8pg amat-amat lah malasnya untuk membuka mata dan memanjangkan langkahku ke toilet walaupon toilet tu betul-betul sebelah bilik aku. kalau dikira dengan langkah hanyalah setakat 3 o 4 langkah saja aku sudah boleh sampai ke destinasi tersebut.

suasana sejuk yang nyaman mengecutkan tulang-temulangku menambahkan lagi kepayahan kelopak mataku untuk dibuka disamping ketidakcukupan mendapat tidur yang enak malam tadi akibat membuat asigment last minute. namun ku gagahkan juga kelopak mataku untuk dibuka dan kakiku serta badanku turun dari katil melangkah menuju ke tempat budak-budak cina yang hanya mmbasuh muka sahaja setiap pagi.

jam telefon bimbitku sudah beberapa kali bergegar. kalau telefon ku itu boleh memukul orang yang liat nak bangun pagi seperti aku, sudah pasti mukaku teruk dengan kesan lebaman akibat dihentak oleh telefonku yang begitu bengang tiap kali aku delay alarm..hahaha..

aku bangun, melihat toilet seperti tiada orang..mungkin mereka tak bangun lagi atau mungkin aku yang paling last mandi.. seorang diri aku membersihkan diri (mandi), mengambil wuduk dan terus solat. ku lihat rumetku terkebil-kebil biji matanya bangun untuk menunaikan solat subuh.

sesudah solat, aku terus bersiap-siap.rumetku pula terus kembali ke katilnya yang empuk dengan harapan dapat menyambung kembali mimpi yang terputus tadi.haha.. aku pula terus bersiap seorang diri, lantas bersarapan seorang diri.

siap semuanya, aku bergerak ke kelas. ramai yang menunggu bas UNIC yang kadang-kadang taknak berhenti.suka melihat para penumpang mendengus kemarahan apabila bas yang dinanti sengaja tak nak berhenti. bila bas berhenti, ramai la yang akan menyerbu macam bas UNIC 2 ibarat artis popular lagaknya. 40 duduk dan 10 berdiri hanyalah sekadar hiasan di dalam bas. realitinya, 40 duduk dan 40 jugaklah yang berdiri kalah tin sardin. sebab tu aku kalau boleh malas nak naik bas. aku ambil inisiatif jalan kaki. sekurang-kurangnya aku boleh juga la bersenam dalam ondeway nak pergi kelas.


sesampainya aku di kelas, lec tak masuk lagi.. lantas aku mengambil tempat di hadapan sekali dengan harapan aku mampu menahan kemengantukan mataku apabila mendengar suara merdu dan wajah suci lecrurer ku.. ku perbetulkan niat.. DENGAN NAMA ALLAH..

jam berlalu dan terus berlalu.. kelas ku attend tanpa gagal walaupun kadang-kadang dalam hatiku ingin sekali menuang kelas dan memenuhi waktu tersebut dengan memeluk bantal unguku yang sentiasa menanti di kamar 314. tapi ku pintas keinginan tersebut dengan memikirkan kerugian yang bakal ku terima sekiranya modus operandi sulit tersebut ku jalankan. akhirnya aku berjaya menempuhi sesi pembelajaranku dengan cemerlang, gemilang dan terbilang walaupun aku hanya seorang diri.

3.30pm. kembali ke bilik. solat dan mandi. laparnya... aahhh awal lagi.. cafe binjal tak keluarkan makanan lagi.. solat asar dululah baru turun beli makanan.

jam 5.15pm... 'jom makan!'
.... 'kami dah makan tadi tengahari'

oh shit! .... 'ok. takpe. aku turun sorang la kalau camtu'


waaarrrggghhhh!!!

takkan makan pon aku kena makan sorang-sorang!

takpe la.. turun jela. perut pon da tak larat nak menahan kelaparan. sampai cafe..
'sorang je?'
'mana yang lain?'


perlukah aku menjawab soalan itu?
sesudah membeli, aku naik ke bilik. mengadap rezeki pemberian Tuhan seorang diri. rumet?
takde. dah keluar pergi membeli barangan keperluannya. Bismillah... rezeki ku suap ke dalam mulut kecilku... lsambil tangan kiriku mencapai handphone, membuka message, text message, taip :
.... 'sayang'...
tut..tut..tut...
.... 'ssori sayang.. saya tengah siap-siap nie nak pergi jumpa member..'
.... 'ok'...

seorang diri lagi!
bosan sangat hari nie!!

Saturday, January 30, 2010

kawan merajuk??

apa yang patut kita buat kalau kawan kita merajuk dengan kita??

penah x korang berhadapan dengan situasi di mana kawan korang merajuk dengan korang?
ofkos macam pernah kan..

benda nie la yang tengah terjadi kat aku. aku ada seorang kawan. dia banyak sangat dah tolong aku.. aku kenal dengan dia masa aku join PLKN dulu. sampai la sekarang nie aku still kawan baik dengan dia. walaupon kitorang boleh dikatakan jarang-jarang jumpa walaupon rumah xlah sejauh mana ( daerah yang sama tapi lain kawasan) tapi kitorang agak ngam lar..
aku anggap dia seorang kawan yang baik.. selalu tolong aku especially bila aku mintak tolong dia design baju, tag nama or edit pic aku..

aku memang salute kat dia bab-bab design nie.. memang cantik dan ada masa depan yang cerah kalau dia fokus dan usaha ke arah itu. tapi aku tau dia memang tengah berusaha sekarang nie.. dia banyak terlibat dalam mereka bentuk laman web untuk company-company besar. dia memang berbakat. walaupun dia selalu sangat bz tapi dia sentiasa ada masa kalau aku mintak dia design apa-apa untuk aku. design dia pulak memang cntik gila dan boleh dianggap terbaik.


tapi sekarang nie aku tak tahu kenapa dengan dia. aku tak tah samada aku ada buat salah ngan dia o x. aku ada tanya dia tapi dia x balas pon. aku assume yang dia memang tengah marah kat aku kot. marah sebab apa, aku tak tahu..
hmmmm....


stress gak bila difikirkan...

kepada kawanku itu, kalau anda membaca entry nie... silalah contact saya. tq.