rumet aku tanya aku masa aku tengah nak tulis entry nie...
" apa maksud lelaki gedik???"
aku pon tak tahu nak jawab macam mana tapi kalau mengikut pemerhatian aku dan pengalaman aku terkawan dengan lelaki gedik, dia sama je dengan perempuan gedik... selalunya lelaki tak suka kat perempuan gedik begitu jugalah dengan lelaki gedik nie.. tanya la kat mana-mana perempuan rata-rata akan jawab tak suka dengan lelaki gedik nie...
kecualilah perempuan tu gedik so dia akan suka lah kat lelaki gedik nie...
lelaki gedik bolehlah didefinisikan sebagai seorang lelaki yang over dalam pergaulan, tak pernah serius dalam kehidupan, memandang remeh akan semua perkara sehingga benda-benda yang seharusnya diberi perhatian dipandang ringan dan dibuat sebagai satu lawak atau bahan gurauan...
masa cuti tahun baru cina yang lepas, aku ada involve dalam satu perkhemahan di yan kedah selama 7 hari anjuran universiti aku. ramai juga lah yang aku tak kenal dalam perkhemahan tersebut tapi ada seorang lelaki nie, disebabkan tindakan, sifat dan perangai dia yang sporting, sentiasa volunteer menyebabkan dia nie memang dikenali seantero kem tersebut. pada mulanya mmang ok la bagi kami sebab dia berani mengoffer diri dalam apa jua keadaan dan situasi. tapi yang jadi orang meluat tengok dia bila perangai dia mula menjadi-jadi, buat lawak bodoh yang ntah apa-apa ntah dan tak pernah serius. sampaikan time nak makan dia boleh baca doa makan main-main...! geram betul aku.. memang la dalam kehidupan nie kita tak boleh nak serius sangat tapi takkan dalam bab berdoa pon nak main2???
so, kami rasa takde lagi label yang sesuai nak diberikan kepada mamat nie melainkan LELAKI GEDIKSS TAHAP CIPAN TERCEKIK TULANG!!
geram betul aku!
No comments:
Post a Comment