Sunday, January 31, 2010

im alone today..

bangun pagi2 tengok rumet masih di dalam dengkurannya.. maklumlah kelas start jam 9.30 pagi.. aku yang ditakdirkan untuk attend claz seawal jam 8pg amat-amat lah malasnya untuk membuka mata dan memanjangkan langkahku ke toilet walaupon toilet tu betul-betul sebelah bilik aku. kalau dikira dengan langkah hanyalah setakat 3 o 4 langkah saja aku sudah boleh sampai ke destinasi tersebut.

suasana sejuk yang nyaman mengecutkan tulang-temulangku menambahkan lagi kepayahan kelopak mataku untuk dibuka disamping ketidakcukupan mendapat tidur yang enak malam tadi akibat membuat asigment last minute. namun ku gagahkan juga kelopak mataku untuk dibuka dan kakiku serta badanku turun dari katil melangkah menuju ke tempat budak-budak cina yang hanya mmbasuh muka sahaja setiap pagi.

jam telefon bimbitku sudah beberapa kali bergegar. kalau telefon ku itu boleh memukul orang yang liat nak bangun pagi seperti aku, sudah pasti mukaku teruk dengan kesan lebaman akibat dihentak oleh telefonku yang begitu bengang tiap kali aku delay alarm..hahaha..

aku bangun, melihat toilet seperti tiada orang..mungkin mereka tak bangun lagi atau mungkin aku yang paling last mandi.. seorang diri aku membersihkan diri (mandi), mengambil wuduk dan terus solat. ku lihat rumetku terkebil-kebil biji matanya bangun untuk menunaikan solat subuh.

sesudah solat, aku terus bersiap-siap.rumetku pula terus kembali ke katilnya yang empuk dengan harapan dapat menyambung kembali mimpi yang terputus tadi.haha.. aku pula terus bersiap seorang diri, lantas bersarapan seorang diri.

siap semuanya, aku bergerak ke kelas. ramai yang menunggu bas UNIC yang kadang-kadang taknak berhenti.suka melihat para penumpang mendengus kemarahan apabila bas yang dinanti sengaja tak nak berhenti. bila bas berhenti, ramai la yang akan menyerbu macam bas UNIC 2 ibarat artis popular lagaknya. 40 duduk dan 10 berdiri hanyalah sekadar hiasan di dalam bas. realitinya, 40 duduk dan 40 jugaklah yang berdiri kalah tin sardin. sebab tu aku kalau boleh malas nak naik bas. aku ambil inisiatif jalan kaki. sekurang-kurangnya aku boleh juga la bersenam dalam ondeway nak pergi kelas.


sesampainya aku di kelas, lec tak masuk lagi.. lantas aku mengambil tempat di hadapan sekali dengan harapan aku mampu menahan kemengantukan mataku apabila mendengar suara merdu dan wajah suci lecrurer ku.. ku perbetulkan niat.. DENGAN NAMA ALLAH..

jam berlalu dan terus berlalu.. kelas ku attend tanpa gagal walaupun kadang-kadang dalam hatiku ingin sekali menuang kelas dan memenuhi waktu tersebut dengan memeluk bantal unguku yang sentiasa menanti di kamar 314. tapi ku pintas keinginan tersebut dengan memikirkan kerugian yang bakal ku terima sekiranya modus operandi sulit tersebut ku jalankan. akhirnya aku berjaya menempuhi sesi pembelajaranku dengan cemerlang, gemilang dan terbilang walaupun aku hanya seorang diri.

3.30pm. kembali ke bilik. solat dan mandi. laparnya... aahhh awal lagi.. cafe binjal tak keluarkan makanan lagi.. solat asar dululah baru turun beli makanan.

jam 5.15pm... 'jom makan!'
.... 'kami dah makan tadi tengahari'

oh shit! .... 'ok. takpe. aku turun sorang la kalau camtu'


waaarrrggghhhh!!!

takkan makan pon aku kena makan sorang-sorang!

takpe la.. turun jela. perut pon da tak larat nak menahan kelaparan. sampai cafe..
'sorang je?'
'mana yang lain?'


perlukah aku menjawab soalan itu?
sesudah membeli, aku naik ke bilik. mengadap rezeki pemberian Tuhan seorang diri. rumet?
takde. dah keluar pergi membeli barangan keperluannya. Bismillah... rezeki ku suap ke dalam mulut kecilku... lsambil tangan kiriku mencapai handphone, membuka message, text message, taip :
.... 'sayang'...
tut..tut..tut...
.... 'ssori sayang.. saya tengah siap-siap nie nak pergi jumpa member..'
.... 'ok'...

seorang diri lagi!
bosan sangat hari nie!!

Saturday, January 30, 2010

kawan merajuk??

apa yang patut kita buat kalau kawan kita merajuk dengan kita??

penah x korang berhadapan dengan situasi di mana kawan korang merajuk dengan korang?
ofkos macam pernah kan..

benda nie la yang tengah terjadi kat aku. aku ada seorang kawan. dia banyak sangat dah tolong aku.. aku kenal dengan dia masa aku join PLKN dulu. sampai la sekarang nie aku still kawan baik dengan dia. walaupon kitorang boleh dikatakan jarang-jarang jumpa walaupon rumah xlah sejauh mana ( daerah yang sama tapi lain kawasan) tapi kitorang agak ngam lar..
aku anggap dia seorang kawan yang baik.. selalu tolong aku especially bila aku mintak tolong dia design baju, tag nama or edit pic aku..

aku memang salute kat dia bab-bab design nie.. memang cantik dan ada masa depan yang cerah kalau dia fokus dan usaha ke arah itu. tapi aku tau dia memang tengah berusaha sekarang nie.. dia banyak terlibat dalam mereka bentuk laman web untuk company-company besar. dia memang berbakat. walaupun dia selalu sangat bz tapi dia sentiasa ada masa kalau aku mintak dia design apa-apa untuk aku. design dia pulak memang cntik gila dan boleh dianggap terbaik.


tapi sekarang nie aku tak tahu kenapa dengan dia. aku tak tah samada aku ada buat salah ngan dia o x. aku ada tanya dia tapi dia x balas pon. aku assume yang dia memang tengah marah kat aku kot. marah sebab apa, aku tak tahu..
hmmmm....


stress gak bila difikirkan...

kepada kawanku itu, kalau anda membaca entry nie... silalah contact saya. tq.

Thursday, January 21, 2010

AIR kotak

setiap hari isnin dan khamis aku ada kelas Proses Writing kat FKBM jam 8.00pagi. aku selalu sampai ke kelas agak awal la dalam 5 minit sebelum start kelas..hehe.. lagipon lec aku masuk lambat sikit..so boleh la datang lambat sikit..


disebabkan lec aku datang lambat, jadi kami tak boleh nak masuk kelas dulu sebab kelas tu berkunci.. kuncinya pulak lec aku yang pegang. so, kena tunggu dia datang dulu baru boleh masuk kelas. so, dalam masa kitorang dok tunggu lec tu, kitorang pon mengabiskan la masa yang ada dengan aktiviti sendiri depan kelas tu. macam biasa la ada yang dok termenung, ada yang berborak dan ada yang masih mengantuk.. tapi ada sesuatu yang lebih menarik perhatian aku selain daripada perkara2 biasa yang student buat.


dah lama aku perhatikan benda nie.. bukan sekali atau dua kali.. tapi tiap kali aku ada kelas aku memang perasan satu benda nie.. ada seorang lelaki akan bagi air kotak kat seorang perempuan.. memang tiap kali kelas tu mamat nie akan bagi air kotak dutch lady perisa milo lagi kat minah nie... yang minah tu pulak akan ambik air kotak tu dan terus minum depan lelaki tersebut...

lelaki 2 akan tersenyum tengok perempuan nie minum air kotak yang dia bagi dan berborak sikit2 dengan dak pompuan tu...

swiittt kan... bagus betol la lelaki tu selalu bagi air kotak kat pompuan 2... swit jek...
so, daripada cerita nie aku dapat simpulkan dua perkara :
1. lelaki tu tau pompuan tu suka minum air kotak dutch lady milo, sebab tu dia bawakkan untuk pompuan 2.. mungkin dorang sepasang kekasih...
2. mungkin pompuan tu dah memang kirim kat lelaki 2 kot..
hahaha...
walau apapun, peristiwa nie memang menarik perhatian aku...
still ada lagi orang buat camtu eh..
kalau dulu2 orang suka bagi bunga.. tiap2 hari dok bagi bunga kat pompuan..hehe..
tp yang ni versi student yang tak sarapan pagi..
hahahaha...
anyway, kalau dorang memang kapel aku doakan dorang kekal selamanya....
question : apa lak yang korang terima tiap pagi?



Wednesday, January 13, 2010

TIPS TEMUDUGA 1


Mitos No. 1: Calon yang paling layak akan dapat tawaran kerja.
Selalunya ada kebenarannya tentang perkara ini - terutamanya apabila seseorang itu mengenali seseorang yang lain, selalunya bila ada syarikat yang mengambil kakitangan dalaman untuk kenaikan pangkat. Walaubagaimanapun, mitos ini bukanlah selalu terjadi. Sekiranya seseorang itu berkemungkinan paling layak mendapat jawatan tersebut, ada beberapa kriteria penting yang patut dipatuhi (itupun bukan satu jaminan).
Ini termasuk :-
Ø kita selalu berfikiran bahawa penemuduga mahir tentang apakah bentuk soalan yang akan ditanya dan mereka sentiasa peka tentang kebenaran di atas setiap jawapan yang diterima. Memang perkara ini nampak mudah, tapi saya pasti yang sebahagian besar daripada Penemuduga itu tidak mendapat apa-apa bentuk latihan pun, tiada pengalaman sebagai penemuduga dan selalunya mereka tidak membuat apa-apa persediaan pun untuk temuduga itu.
Ø penemuduga tidak mungkin tertarik tentang sifat fizikal, berperwatakan cantik, sifat lucu dan sebagainya terhadap seseorang calon temuduga. Perkara-perkara tersebut adalah agak susah hendak diatasi walaupun oleh seorang penemuduga yang berpengalaman.
Ø calon temuduga telah mempelajari bagaimana cara untuk menunjukkan kemahiran mereka dengan jelas, pencapaian terbaik mereka dan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi syarikat.
Ø tidak akan berlaku pertindihan keperibadian di antara penemuduga dan calon temuduga.
Ø kedua-dua pihak tidak berhadapan dengan apa-apa masalah.
Sesetengah majikan – selalunya yang telah dikritik kerana pernah memilih calon yang salah pada masa dahulu – telah membuat satu garis panduan pengambilan pekerja yang profesional supaya dapat mengurangi dari berlakunya kesilapan. Ada waktunya prosedur ini banyak membantu dan amat berkesan dalam membuat pemilihan calon, tetapi ia tidak menjamin yang calon yang paling layak mendapat tawaran jawatan itu. Akhirnya satu analisis telah dibuat, yang pemilihan seseorang untuk mengisi sesuatu jawatan memerlukan sekurang-kurangnya seorang individu untuk membuat keputusan, dan tidak kiralah apa pun usaha yang dibuat untuk menghapuskan fikiran subjektif, sifat pilih kasih dan telah pun ada pilihan sendiri – walaubagaimanapun berusaha untuk menjauhinya.
Di dalam dunia yang unggul ini, calon yang terbaik untuk sesuatu jawatan itulah yang mendapatnya; sebaliknya, kebenarannya calon yang menunjukkan prestasi terbaik semasa temuduga yang mendapat kemenangan. Pengajaran yang dapat diambil dari sini ialah :
Ø jangan secara automatik menarik diri dari memohon sesuatu jawatan jika sekiranya anda dapat tahu sudah ada calon yang lebih layak ada memohon jawatan yang sama. Jika sekiranya anda berusaha untuk membuat persediaan yang secukupnya, ada kemungkinan besar anda akan menjadi calon pilihan – terutamanya apabila calon yang seorang lagi mengambil mudah dan tidak membuat apa-apa persediaan untuk menghadiri temuduga.
Ø jika sekiranya anda mendapat tahu anda paling layak untuk mengisi jawatan tersebut jangan sekali-kali mengambil mudah tentang temuduga itu. Hendaklah berkelakuan seperti anda sedang bersaing dengan musuh yang amat menakutkan. Ambil masa untuk membuat persediaan dengan teliti. Bukan bererti anda mempunyai pengalaman, anda telah tahu bagaimana hendak menyampaikan pendapat anda semasa
menghadapi temuduga.

Tuesday, January 12, 2010

tahun baru azam baru...




rasanya tak terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru 2010 kpd semua.. arini da masuk hari yg ke 12 bg tahun nie.. aku sure semua orang pon ada azam masing-masing.. asal tahun baru masuk je azam pon terus tukar.. masing2 sibuk nk pasang azam baru sedangkan azam tahun2 lepas langsung tak terlaksana.. hahaha.. tapi takpe... azam tu lah yang akan guide kita sepanjang tahun tersebut.. tp skang nie aku taknak cakap pasal azam.. aku nak cakap pasal jobless... atau senang cakap penggangguran... relitinya ramai di luar sana yang masih lagi belom mendapat pekerjaan atau masih mencari pekerjaan yang benar2 sesuai dengan diri.. mereka2 ini bukan tidak mempunyai kelayakan tapi mostly antara dorang sume masing2 mempunyai taraf pendidikan yang tinggi... lulusan ipta, ipts, kemahiran dan sebagainya... tapi masih lagi tidak mendapat pekerjaan.. terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan ini.. salah satunya mungkin disebabkan kesalahan atau kesilapan yang secara sedar atau tidak sedar yang dilakukan semasa menghadiri temuduga...

kegagalan di dalam temuduga.

Sebab utama ramai orang gagal dalam temuduga adalah disebabkan oleh beberapa tanggapan salah, atau mitos, tentang apa sebenarnya yang berlaku semasa sesi temuduga dijalankan. Semua orang tahu yang tujuan utama temuduga adalah untuk penemuduga mencari pekerja yang layak untuk sesuatu jawatan, tetapi tidak ramai orang yang memahami bagaimana temuduga dijalankan dan apakah sebab yang membuat seseorang calon itu lebih layak dari yang lain. Ketidakfahaman ini adalah punca utama seseorang calon itu tidak dapat menunjukkan prestasi yang memberangsangkan semasa menghadiri temuduga dan tidak dapat memberi jawapan yang bernas semasa sesi soaljawab dikemukakan oleh penemuduga. Temuduga tidak mempunyai apa-apa kelainan dari usaha-usaha lain dalam kehidupan ini, lebih baik pemahaman anda tentang bagaimana lancarnya sesuatu temuduga dijalankan (ataupun tidak berjalan lancar), adalah lebih tinggi peluang anda menanganinya dengan jayanya. Dengan memahami secara dinamiknya dasar secara semulajadi sesuatu temuduga, adalah satu permulaan yang penting dalam memperbaiki prestasi anda dalam temuduga.
(sumber : fazlisyam.com)

oleh itu, secara bersiri, aku akan kongsikan tips temuduga kat korang semua. semua tips yang aku kongsikan ini adalah dari sunber2 yang boleh dipercayai seperti job malaysia dan lain2 lagi..

oleh itu, selamat bertemuduga!