Tuesday, January 12, 2010

tahun baru azam baru...




rasanya tak terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru 2010 kpd semua.. arini da masuk hari yg ke 12 bg tahun nie.. aku sure semua orang pon ada azam masing-masing.. asal tahun baru masuk je azam pon terus tukar.. masing2 sibuk nk pasang azam baru sedangkan azam tahun2 lepas langsung tak terlaksana.. hahaha.. tapi takpe... azam tu lah yang akan guide kita sepanjang tahun tersebut.. tp skang nie aku taknak cakap pasal azam.. aku nak cakap pasal jobless... atau senang cakap penggangguran... relitinya ramai di luar sana yang masih lagi belom mendapat pekerjaan atau masih mencari pekerjaan yang benar2 sesuai dengan diri.. mereka2 ini bukan tidak mempunyai kelayakan tapi mostly antara dorang sume masing2 mempunyai taraf pendidikan yang tinggi... lulusan ipta, ipts, kemahiran dan sebagainya... tapi masih lagi tidak mendapat pekerjaan.. terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan ini.. salah satunya mungkin disebabkan kesalahan atau kesilapan yang secara sedar atau tidak sedar yang dilakukan semasa menghadiri temuduga...

kegagalan di dalam temuduga.

Sebab utama ramai orang gagal dalam temuduga adalah disebabkan oleh beberapa tanggapan salah, atau mitos, tentang apa sebenarnya yang berlaku semasa sesi temuduga dijalankan. Semua orang tahu yang tujuan utama temuduga adalah untuk penemuduga mencari pekerja yang layak untuk sesuatu jawatan, tetapi tidak ramai orang yang memahami bagaimana temuduga dijalankan dan apakah sebab yang membuat seseorang calon itu lebih layak dari yang lain. Ketidakfahaman ini adalah punca utama seseorang calon itu tidak dapat menunjukkan prestasi yang memberangsangkan semasa menghadiri temuduga dan tidak dapat memberi jawapan yang bernas semasa sesi soaljawab dikemukakan oleh penemuduga. Temuduga tidak mempunyai apa-apa kelainan dari usaha-usaha lain dalam kehidupan ini, lebih baik pemahaman anda tentang bagaimana lancarnya sesuatu temuduga dijalankan (ataupun tidak berjalan lancar), adalah lebih tinggi peluang anda menanganinya dengan jayanya. Dengan memahami secara dinamiknya dasar secara semulajadi sesuatu temuduga, adalah satu permulaan yang penting dalam memperbaiki prestasi anda dalam temuduga.
(sumber : fazlisyam.com)

oleh itu, secara bersiri, aku akan kongsikan tips temuduga kat korang semua. semua tips yang aku kongsikan ini adalah dari sunber2 yang boleh dipercayai seperti job malaysia dan lain2 lagi..

oleh itu, selamat bertemuduga!

No comments:

Post a Comment