setiap hari isnin dan khamis aku ada kelas Proses Writing kat FKBM jam 8.00pagi. aku selalu sampai ke kelas agak awal la dalam 5 minit sebelum start kelas..hehe.. lagipon lec aku masuk lambat sikit..so boleh la datang lambat sikit..
disebabkan lec aku datang lambat, jadi kami tak boleh nak masuk kelas dulu sebab kelas tu berkunci.. kuncinya pulak lec aku yang pegang. so, kena tunggu dia datang dulu baru boleh masuk kelas. so, dalam masa kitorang dok tunggu lec tu, kitorang pon mengabiskan la masa yang ada dengan aktiviti sendiri depan kelas tu. macam biasa la ada yang dok termenung, ada yang berborak dan ada yang masih mengantuk.. tapi ada sesuatu yang lebih menarik perhatian aku selain daripada perkara2 biasa yang student buat.
dah lama aku perhatikan benda nie.. bukan sekali atau dua kali.. tapi tiap kali aku ada kelas aku memang perasan satu benda nie.. ada seorang lelaki akan bagi air kotak kat seorang perempuan.. memang tiap kali kelas tu mamat nie akan bagi air kotak dutch lady perisa milo lagi kat minah nie... yang minah tu pulak akan ambik air kotak tu dan terus minum depan lelaki tersebut...

lelaki 2 akan tersenyum tengok perempuan nie minum air kotak yang dia bagi dan berborak sikit2 dengan dak pompuan tu...
swiittt kan... bagus betol la lelaki tu selalu bagi air kotak kat pompuan 2... swit jek...
so, daripada cerita nie aku dapat simpulkan dua perkara :
1. lelaki tu tau pompuan tu suka minum air kotak dutch lady milo, sebab tu dia bawakkan untuk pompuan 2.. mungkin dorang sepasang kekasih...
2. mungkin pompuan tu dah memang kirim kat lelaki 2 kot..
hahaha...
walau apapun, peristiwa nie memang menarik perhatian aku...
still ada lagi orang buat camtu eh..
kalau dulu2 orang suka bagi bunga.. tiap2 hari dok bagi bunga kat pompuan..hehe..
tp yang ni versi student yang tak sarapan pagi..
hahahaha...
anyway, kalau dorang memang kapel aku doakan dorang kekal selamanya....
question : apa lak yang korang terima tiap pagi?
No comments:
Post a Comment